Tuesday, February 19, 2008






Sunday, February 17, 2008

Saturday, February 2, 2008

Mati.Kaku.Jatuh

28 tahun yang lalu, lahirlah seorang bayi perempuan berambut keriting, kulit gelap seakan anak india kepada sepasang suami isteri. Sementelah lahir, diazankan anak itu oleh sang bapa, terus dinamakan ........ Nama yang dipilih dan direka khas oleh sang bapa untuk anak perempuan sulungnya itu. Nah, dibesarkan anak perempuannya dengan pelbagai ragam, dugaan dan cabaran.

Sewaktu usianya anaknya itu melangkau 23 tahun, dengan penuh bangga sang bapa sambil memeluk anak sulungnya yang berjaya menamatkan pengajian ijazah pertama dengan keputusan yang boleh dibanggakan. Lebih meleret senyumsang bapa apabila anaknya itu antara empat pelajar yang memperoleh CGPA (Kumulatif Mata Terkumpul) tertinggi didalam pengkhususan yang diambil. Sang bapa tersenyum puas, sang anak ketawa tak berhenti, meraikan kegembiraan bersama rakan-rakan sealiran.

Tibalah masa sang anak berjuang dalam lapangan yang dipelajari dan memperoleh pekerjaan. Sementelah, perniagaan yang diusahakan sang bapa dan ibu tidak memberansangkan, maka tidak sabar lagi lah sang anak memperdagangkan ijazah dengan gred tingginya itu. Belum pun tamat pengajian, sang anak telah mendapat tawaran membuat program televisyen untuk sebuah produksi tv milik seorang tokey cina yang lagaknya seakan melayu suci. Hah, terguling-guling sang anak, gembiranya tak terperi, mendapat peluang pekerjaan yang pertama, sungguhpun bukanlah itu yang menjadi pilihan, namun tetap diambil peluang itu, dengan satu alasan, mencari pengalaman.

Jarang sangat sang anak merasa apa yang siswazah lain rasakan dan sangat ditakuti... "penganggur dan menganggur" . Seingat sang anak, 'title' itu dipegang pun dalam jangkamasa yang sangat pendek. Paling lama pun 3 bulan. Ada saja peluang mencari pengalaman yang diterima. Apatah lagi, sengan sifat lahiriah sang anak, luarannya menunjukkan sifat yang sangat mudah didekati, gelak ketawa sepanjang masa dan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam bidang yang diceburi.

Sampai masa sang anak mendapat peluang pekerjaan dijabatan penyiaran. Alang kepalang sangat gumbira sang bapa sekali lagi, ditambah pula dengan anak-anaknya yang lain juga turut mencatatkan keputusan akademik yang cemerlang sepanjang masa (adik kedua penulis bakal menyambung pelajaran di peringkat PHD, umurnya tidak lagi menjangkau 30tahun, adik ketiga sering mencatat keputusan peperiksaan flying colors. Semakin banggalah sang bapa dengan ketiga-tiga anaknya itu. Sang anak apatah lagi, dapat pula bertugas dalam bidang penyiaran radio, satu bidang yang amat dekat dengan jiwa dan minda sang anak. Ibaratnya, tahu sahaja sang anak apa yang patut dan perlu dilakukan dalam bidang itu. Cakap sahaja tentang penyiaran radio, ibarat bertih jagung lah mulut sang anak bercerita, memberi pandangan, menyampai idea. Betapa arifnya sang anak, betapa hebatnya fikiran sang anak apabila mentelaah bidang yang dekat dengan dirinya.

Disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Disaat sang anak dengan sikap dan idea yang berkobar-kobar, ibarat sang obor dibakar ketika pelancaran sukan olimpik, ada juga anasir-anasir yang agaknya melihat sang anak lagak wanita yang tiada otak dan tiada hati dan perasaan. Sewenang-wenangnya anasir itu mengata, menhina, mentertawa, membuat lawak tanpa batasan kemanusiaan.
Awalannya, sang anak menyangka, ahhh takpalah, anasir itu bergurau, sang anak perlu terimalah gurauan tersebut dengan otak dan pemikiran yang maha terbuka. Fikir si anak, mungkin kata-kata sialan dari anasir itu sesuatu yang biasa dalam lapangan pekerjaannya. Lantas, tidak lah dihirau sang anak tentang ejekan, hinaan dan pelbagai ancaman dan kata-kata hinaan yang diannggap gurauan leh anasir itu. Apalah sangat ejekan dan kata-kata serangan yang membuat sang anak menangis setiap malam mengenang nasib dan rupa diri yang tidaklah seberapa itu. Dikuatkan semangat sang anak, persialan anasir itu, cita-citaku dan semangatku lagi tinggi dari tohmahan anasirm itu. Aduh, sang anak kuatkanlah dirimu, jangan lemah sebab ansir itu, tolong lah anak...

Hari ini.... lain pula ceritanya...

Mati.Kaku.Jatuh.

Sang anak rebah. Sang anak kaku. Sang anak jatuh dengan penangan, dengan kata-kata cacian sang anasir. Dengan penuh banggan sang anasir tersenyum bangga, dapat menjatuhkan dinding semangat sang anak itu.

Sang anak Terfikir sejenak, gagalkah aku dan dinding semangatku? Mengapa tidak ditembak sahaja anasir Laknatullah itu... Biar dia mati! Biar dia pupus! Biar dia berhenti mengganggu sang anak! Lewat jawapan sang anak "Aku tidak sekejam itu"

Sang anak merenung jauh. Sang anak redha dengan lahirianya. Bersyukur dia dengan apa yang ada. Namun orang lain tidak... Kenapa ya?

Tidak ada jawapan untuk itu. Namun yang pasti bedilan dan tembakan sang anasir tetap akan dihadap oleh sang anak. Berundur? Kenapa mahu berundur? Mengalah, mungkin ya, kerana tenung sang anak, mungkin dunia ini bukan dunianya... Kenapa begitu sukar? Sang anak bukannya tidak arif dengan lapangannya. Sang anak tahu dan kadang-kadang terlebih tahu? Tetapi siapa sang anak untuk mengubah isi lapangannya, walaupun isi lapangannya penuh dengan hipokrasi, tipu daya dan anasir laknatullah yang sentiasa menunggu masa melihat sang anak kaku lagi.

Nafas sang anak dihela perlahan. Biarlah sang anak. Biarlah dunia lapangan kerja anak itu begitu, biarlah isinya begitu, siapalah sang anak untuk mengubahnya, namun sang anak, jangan lah kamu menjadi seperti sang anasir itu. Jangan lah lagak mu menjadi persis anasir yang laknatullah. Kerana kamu tidak begitu, anak. Kamu tidak dididik untuk menjadi begitu.

Terfikir sang anak lagi... bagaimana pula nasib anak kepada sang anak nanti, kalau ada lagi anasir yang membuat onar tanpa belas kasihan?

Dengan tenang si anak membayangkan, anakku nanti akan menjadi tabah sepertiku kerana dia telah dididik begitu.

Ahhh lupa pula sang anak tadi, kenapa pula sang anak beria-ia bercerita tentang hal ini?

Kerana sang anak ini manusia hodoh, yang gemuk gedempol, dompot, buah dada yang besar dan menjijikkan, rupa yang sangat menjijikkan mata sang anasir.

Namun sang anak punya misi dan cita-cita tinggi dalam hidup.

Maka bangga lagilah sang bapa melihat anak hodohnya ini meneruskan kehidupan, kerana apa bangga? Kerana anak hodoh nya ini "perkasa jiwa", sesuai sangatlah dengan maksud nama yang sang bapa berikan kepadanya "Yang gagah perkasa"

Thursday, January 10, 2008

Salam Tahun Baru 1429 H

On top of my head, Salam Tahun Baru untuk seluruh muslimin dan muslimat 1429H. Semoga tahun ini dengan izin-Nya, kita beroleh rezeki dan kejayaan, dan mensyukuri apa yang dinikmati selama ini

It's been a while since my last entry here in my blog. Gosh, so many story to tell and to write, but where do i begin... Foremost, it's been a while since Iznan left me to Kuala Terengganu, for some reason since then, i did not get a chance to update my personal life here. And sometime i feel by writing whats running in my head, it does not make me near to happy. So why to write, Lets it wandering in my mind. Hemmm....

Life kicking as usual, sometimes up and sometimes down, sometime happy, sometime missing him, sometime lost in my own world. But this issue keep bugging my mind..How is he? Is he fine? Is he happy? Is he strong enough to face every challenges? I know he is strong. I know he is mature enough to make rational desicion. But i will not be next to him to accompany him and sees and judge everything with my eyes.

Inikah yang dikatakan pengorbanan?

Semoga 1429H menjadikan semangat kita lebih kuat daripada biasa


Salam,
Nazirah Fadhlina Anuar

Saturday, December 29, 2007

TQ!!!



DJNAZIRA : 109296] To k.lfm clan, frens, family, workmates, bos n everybody in d universe, thank u 4 d very best wish! Make my day happy as ever! U guys r d best! Go power beb!

[LELAMAJNUN : 105885] ..powerrrr beb!!..
02.15 PM 29/12/2007 [*.*.154.36] [x]

[ZARINNN : 93000] Yes sokongan dan ., ucapan tanpa niat Bodek Lagu .dan BACA mms..tak kan terdaya melayang permintaan ramai sahbt..berat beban tu, jadi layanla yg tercapai sdaya mungkin kan kan dah Tugas kite..
02.50 PM 29/12/2007 [*.*.152.12] [x]

[BLACK_CANARY : 24442]
Selamat Hari Jadi yg ke27 buat DJ Nazira semoga gumbira dan ceria selalu.

Buat Dj Zul..Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan semoga kekal keakhir hayat

Buat DJ Nazira ...ni lagu khas buat adik..(nyanyi ikut rentak 10 budak itam)

3 DJ baru,
Kerja kat KLFM,
Seorang telah meletup..
Tinggallah 2...
2 DJ baru..
Tak tahu apa nak buat..
Sorang jumpa pakwe..
Terus dia kahwin..
Bila sudah kahwin..
Kena pindah Jabatan lain..

Tinggal sorang DJ..
Tak tahu apa nak buat..
Kawan semua tak ada..
Duduk dia nganga..
Bos suruh kerja dia kerja..
walaupun ari ni ari jadi dia..

SELAMAT HARI JADI NAZIRA..



[SEMEKIN : 90009]


03.39 PM 29/12/2007 [*.*.154.36] [x]

[LUCKYCT : 26041]
lompat2 biar tambah power
04.04 PM 29/12/2007 [*.*.40.26] [x]

[BADANGPERKASA : 100001] Selamat menyambut ulangtahun kelahiran buat DJ NAZIRA dan semua sahabat yang meraikannya hari ini. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezki dan dianugerahkan kesihatan yang baik. Kepada HJ ZULLASTREE, selamat menyambut hari Ulangtahun perkahwinan. Semoga berbahagia dan berkekalan sehingga keakhir hayat.. Amin!

[MATART : 29900] baru dengar YOB nyani lagu happy besday buat DJ Nazirah...Ok juga suara YOB controllll...
12.11 PM 29/12/2007 [*.*.28.76] [x]

[LELAMAJNUN : 105885] ..kita laa bintang.. yeaaa..
12.19 PM 29/12/2007 [*.*.154.36] [x]

[ATUKHIL : 106922]
12.21 PM 29/12/2007 [wap] [x]

[ZARINNN : 93000] salam lapik..
moga maju dalam kerjaya
Dj Nazira
diterbangkan khas dari Pahang#e National Registration headquaters in Petaling Jaya.

[LELAMAJNUN : 105885] ..errkk ellehh.. Pok cik ni.. buat susah2 jeaaa.. mmmmm wakil.. tgk tu kan dh ada yg ngekor..
12.04 PM 29/12/2007 [*.*.154.36] [x]

[ZARINNN : 93000] Fff ekor lepas .#
12.27 PM 29/12/2007 [*.*.152.2] [x]

[ZARINNN : 93000] Psss ..sudi pada yg sudi., nak kata mahal tak mahal nak kata pentg tu adagak..PAUSE???4jam?tak rugi apä 2 pun...
05.55 PM 29/12/2007 [*.*.152.2] [x]

[FLYINGDUTCHMAN : 50083] waalaikumsalam Bro...dj nazi sakap kalo lu nak celebrate birthday dia cukup ngan roti bun kosong je celup teh wo tak yah kek2 ni suma
11.33 AM 29/12/2007 [wap] [x]

[JAWAMUAR : 4563] hpy bsdy wat dj nazira...fdm kata bolih blnja roti bun cecah teh o takyah kek
11.48 AM 29/12/2007 [*.*.74.112] [x]

[GADISIDAMAN : 105210] hepi besday to all....
11.51 AM 29/12/2007 [*.*.131.18] [x]

[ATUKHIL : 106922] ayya kalai vanakkam bawal N >>>>>> o tanjyobi omede tou gozaimasu DJnazira N Enathu pirandhanal Nal valthukkal.valga palljandu DJ nazira n > n velli vila tirumana nal pala kana valthegire Dj Hj Zulastree & isteri .
12.00 PM 29/12/2007 [wap] [x]
[LELAMAJNUN : 105885] ..mmm susah skit nk terima kasih nyaa ni.. kang org kata sejenis laa pulak.. apa2 pong dlm pertimbangan.. melainkan dapat blanja lagu NAZIRA..
10.54 AM 29/12/2007 [*.*.154.36] [x]

[JAWAMUAR : 4563]
buat dj nazirah sy nak mintak lagu
cafree...kini baru kau sedar...
dj nazirah
HAPY BESDAY TO U
10.59 AM 29/12/2007 [*.*.74.112] [x]

[JAWAMUAR : 4563] LELA nak mintak lagu MALU kot?
11.08 AM 29/12/2007 [*.*.74.112] [x]

[FLYINGDUTCHMAN : 50083] hu...wah kau sendiri tak pernah sedar2 asik nak mintak lagu je...lagi nak mintak lagu kini kau sedar[KLFM] CHAT YOBLABUN duit dah banyak habiss asik ngechat ngechat tapi lagu nya ngga di siar in lagi nihh..
11.09 AM 29/12/2007 [wap] [x]

[JAWAMUAR : 4563] yob sabor ler
fdm jgn jeles tau
11.11 AM 29/12/2007 [*.*.74.112] [x]

[LELAMAJNUN : 105885] ..eeee lagu mana laaa Wak ni.. NAZIRA tu kan tajuk lagu.. entah laaa buat masa ni tgh x terpikir tajuk lagu lain laaa..
11.13 AM 29/12/2007 [*.*.154.36] [x]

[YOPAYU : 37506] Happy birthday dj nazira. Cepat2 lah cari calon-calon nya. Kalau leh warga rtm gak. Tengok dj julia. Boleh intai2 lagi..Si suami.
11.25 AM 29/12/2007 [wap] [x]

[FLYINGDUTCHMAN : 50083] yob ! wak jm tu memang tak pernah sedar2 tak dapat kat sini siap telipon konti lagu pas tu mintak lagu kini kau sedar
11.25 AM 29/12/2007 [wap] [x]

[LELAMAJNUN : 105885] ..memandangkan wak dh dapat lagu pilihan wak.. mmmmm...

Kepada Dj Nazi yg menyambut ulgthn kelahiran ri ni.. ,
Sila pilih minimum 3 lagu dr senarai di bwh.. lebih dr 3 adalah digalakkan..

a. SEJIWA - Spring
b. Kita ditakdirkan jatuh cinta - Spring
c. Kembang terhalang - Gamma
d. Cinta Pantai Merdeka - Tropika
e. Tiara - Kris
f. TEGUH - Search
g. Aku pong tahu - Wings
h. Jerangkung dlm almari - Wings
i. Kesal - Ella
j. Sembilu - Ella

..............................

selamat mencuba
11.28 AM 29/12/2007 [*.*.154.36] [x]

[JAWAMUAR : 4563] lela kalu aku pilih lagu
>>>cinta pantai merdeka<<<<
11.31 AM 29/12/2007 [*.*.74.112] [x]

[PUTRIBATRISA : 134] Jom nyanyi sama-sama Nazira...Nazira...Nazriaaaaaaaa
11.32 AM 29/12/2007 [*.*.219.65] [x]

[BUDAKKAMPUNGPERAK : 45222] amboiiiii kak lela......
11.35 AM 29/12/2007 [*.*.164.255] [x]

[LELAMAJNUN : 105885] ...Wak ni x menjawab soalan laa.. kan arahan tu kata pilih minimum 3 lagu.. eeeee cam ne laa Wak jaga org pereksa ni.. eee... eeee.. smbil geleng2 kepala..
11.35 AM 29/12/2007 [*.*.154.36] [x]

[LELAMAJNUN : 105885] ..iiiii BKP bkn apa.. saja nk mudahkan keje Dj Nazi.. x yah dia pening2 kepala ri ni dh laa birthday dia.. pk mana nk blanja kwn.. nk pk budget lg.. senang keje dia.. x yah nk pikir lagu apa laaa yg memenuhi cita rasa pendengar.. kan mudah tuuu.. dh ada multiple choice..
11.43 AM 29/12/2007 [*.*.154.36] [x]

[JAWAMUAR : 4563]
Lela...
PILIH 3 YA
C)kembang terhalang
d)cinta pantai merdeka
j)sembilu
11.44 AM 29/12/2007 [*.*.74.112] [x]

/^0^\ ....



[YOBLABUN : 46223] Hepi Besday d ucapkn kpd DjNazira : 109296 >>> semoga Power Selalu Beb

[ABAHIR : 88294] Yob kenapa bebelang tu ehek, selamat hari lahir semuga murah rezeki dan bertambah sihat hendaknya
09.58 AM 29/12/2007 [*.*.219.95] [x]

[YOBLABUN : 46223] And Happy Anniversary 2 Dj Hj Zulastree semoga berbahagia & d rahmati ALLAH bersama isteri tercinta serta anak2 tersyg
09.59 AM 29/12/2007 [*.*.250.96] [x]

[SSAEMAH : 118046] happy briyhday buat DJ NAZIRA


09.59 AM 29/12/2007 [*.*.51.205] [x]

[LUCKYCT : 26041]
happy briyhday buat DJ NAZIRA
smga berbahagia selalu

10.01 AM 29/12/2007 [*.*.40.26] [x]

[MATART : 29900] happy besday dj nazirah....
10.06 AM 29/12/2007 [*.*.28.76] [x]

[GADISIDAMAN : 105210] hepi besday DJ NAZIRA..
10.06 AM 29/12/2007 [*.*.131.18] [x]

[PUTRIBATRISA : 134]
10.12 AM 29/12/2007 [*.*.219.65] [x]

[BUDAKKAMPUNGPERAK : 45222] selamat hari jadi...
10.15 AM 29/12/2007 [*.*.164.255] [x]

Friday, November 30, 2007

Soon to be update

Checklist of the entry im gonna write, before the end of the year

>Update on Panas + Urban Live the album
>Update on my sedara from Spore
>Update on my Fresh Laundry
>Update on my exam. Isau nih...
>Update on the place i went for 2007
>Update for the program im gonna produce for 2008. This is the best part... Hahaha!

So enjoy y'all!!!!!!

[Optimus Nazie]

web analyzer
shopping cart