Monday, July 30, 2007

Karnival Pengguna 2007

Optimus, Rozidut and My Sayang

The Springfield family

The Silver Surfer

We and the family
(i write this entry and expect you to read it with kiddy style)

Hari ini hari Isnin. Semalam ari Ahad dan kelmarin ari Sabtu. Bercerita tentang ari nie, pepagi buta lagi (well tak le pagi sesangat, 10am actually) dah diarahkan untuk hadir dalam meeting mingguan KLfm. Ermm, itu ari nie. Yang saya nak cerite dengan kengkawan ialah tentang Karnival Pengguna 2007 , iaitu kelmarin, sehari sebelum semalam.

Pada hari Sabtu yang lepas, saya dan kengkawan yang lain telah diarah kan oleh boss saya yang chantek itu untuk bertugas sempena Hari Pengguna 2007, yang berl;ansung dari 25-29 Julai 2007. Mula2 saya tak paham, kenapa kena pegi, tapi lepas saya dicepuk oleh kawan saya, baru saya sedar kalu saya tak pegi saya akan dibuang keje, jadi saya pun pegi lah. Saya pegi dgn Iznan saya. Saya tak pegi naik keta pejabat. Sebab utama saya tak naik keta pejabat ialah senang saya nak cabut. Hehehe. Lagi satu, saya ada konti (panggilan mesra kami disini utk pencacai yg bertugas memekak dan membebel kat dalam studio on-air). Jadi saya perlu cabut awal iaitu sebelum pukul 8mlm.

Saya sampai di lokasi Karnival Pengguna tu pukul 12 tengahari. Wah saya sangat seronot. Apatah lagi melihat, banyak nya gerai makan dengan air yang berwarna-warni dan booth Tesco dan Giant dan banyak lagi yang menjual barang dengan 70% dan 80% harga runtuh. Kenapa buat harga runtuh sampai mcm tu skali yer, kepala otak saya berfikir dengan jayanya>>> Alang2 dah 70% atau 80% less tu, baik bagi percuma jer. Al maklum lah, rakyat Mesia nie kan pemurah yang amat, gaji penkerja atau penjawat awam pun dah bertambah, maka lagi ramai lah yang suka memberi dan menerima sedekah dan amal jariah. Ehhhhh! Melalut pulak saya kan, tapi saya pedulik hape, nie kan blog saya, bukan blog awak atau bos awak atau mak awak!

Selepas saya round-round 15-20minit, saya pun terjah ke booth KLfm yang jaraknya sekangkang kera aje dari pentas utama. Kat pentas utam speaker dia besar yang amat, kami kat booth KLfm pun boleh tahan gak. Jadi kami ibarat berlawan lar, speaker sape lebih kuat dan sound engineer sapa lagi "power beb"!. Pelbagai barangan (ada yang baru, ada yg dah retro) kami jual. Kami bukan nak mengaut keuntungan. Sekadar memeriahkan majlis dan aturcara aje. Mcm2 kami jual. Walaupun barang yg kami jual tu, kat booth lain pun ada, cuma warna aje yg lain. Kami jual cap, lampu picit2 utk skodeng, t-shirt yang bukan saiz saya, pen, muffin, buku dan macam2 lagi. Sesapa yg beli barangan KLfm masa tu dapat percuma paperbag KLfm.

Saya seronot dapat pegi Karnival Pengguna 2007, dengan taglina Pegguna Bijak, Faedahnya Banyak. Hemm, memang banyak.... Satu lagi sebab, saya dapat jumpa kawan lama saya. Nama dia Rozidah bt Imran. Nama manjer atau gedik nya, Rozidut. Die kelihatan begitu kurus sekali, berbeza sungguh dengan saya yang smakin comel nie. Tapi yang pasti kitorang memang kiddy lar. Sesapa tengok kitorang mesti tak pecaya, kitorang 3 tahun lagi jadi makcik umo 30 taun. Kitorang amik gambar. Amik dengan badut yang kaki panjang. Amik gambar dengan The Simpson famliy dan amik gambar dengan Silver Surfer. Best! Kitorang borak2 dan gossip2. Biasalah. Dan kitorang jugak pegi makan buah-buahan dan minum air yang warna warni. Sedap sehingga menjilat ibu kari kaki sebelah kiri saya. Opps lupa plak, masa jumpa kawan lama saya, my Iznan pun ada jugak. Hehehe. Kitorang 3 orang mcm budak ribena yg ilang mak bapak. Tapi kami tetap bergumbira.

Sekian saja cerita saya untuk hari ini. Jadilah pengguna bijak kerana faedahnya banyak. Nanti di lain taun saya cerita plak ape faedahnya menjadi pengguna yang bijak.

Salam Muhibbah semua!

Terima Kasih kengkawan semue....


POWER TO PEOPLE! (bak kata Optimus Afdlin)

-NZ-

Wednesday, July 25, 2007

Optimus Jables


Asmekom kengkawan. Ini idola saya yang kedua. Cuba tengok perut die yang buncit dan dompot tue. Buruk kan. Walaupun pun buruk, ntah kenapa, saya tetap tergila-gilakan mamat katik dan dompot nie. Dan saya rasa, bukan saya sorang je yang suka kat die, memang ramai pun yang suka dengan mamat tak cukup inci nie, dan ramai juga yg menyampah dengan mamat dompot nie.
Nama idola saya ialah Jack Black. Nama manjer dan nama yg kengkawan die panggil Jables. Dia keluar dr perut mak die, yg bernama Judith Cohen pada 28 Ogos 1969. Bapak die hepi sangat masa die kuar sbb bapak die kesian kat mak die, yg dh tak larat lagi nak mengendong baby yg overweight tu. Btw, nama bapak die Thomas Jack Black Sr. Dia nie asal orang California.
Kat Hollywood kan, ada satu union yg ditubuhkan oleh comedian kat sana yg dikenali sebagai "Frat Pack". JB pun salah sorang dr ahli Frat Pack tu. Sesapa yg mengganggotai union nie mesti appear dlm film sekurang2nya bersama seorang lagi ahli Frat Pack yg lain. Kiranya, tak boleh solo act, kurang2 kena berdue atau berempat. Ramai sebenarnya comedian yang join "Frat Pack nie, antaranya, Will Farell, Vince Vaughn, Ben Stiller, Luke Wilson, Steve Carell dan Kyle Gass.
Mamat dompot nie, mula berlakon dalam banyak underground dan indie filem yg tak brape glamer. Lagipun takda producer yg nak amik mamat nie blakon, sebab die tak ensem dan katik, mcm itik serama. Saya mula kenal secara mendalam dgn JB masa die berlakon dalam Shallow Hal pd tahun 2001. DVD tu pun dihadiahkan oleh, Iznan, ehem ehem BF saya. Tapi sblm Shallow Hal, banyak lagi filem yg pernah dilakon oleh mamat ni, tp tak glemer sgt la, kebanyaakan nye pun supporting role aje. antaranya:-
  • Neverending story 111
  • Demolition Man
  • The Cable Guy
  • Mars Attack
  • Cradle Will Rock
  • Enemy of the State

Lepas Shallow Hal baru le, nama JB meletop! Antara wataknya yg saya suka dalam filem ialah:

  • Hal Larson "Shallow Hal"
  • Dewey Finn "School of Rock"
  • Carl Denham "King Kong"
  • Nacho "Nacho Libre"
  • JB "Tenacious D and the Pick of Destiny"

Untuk tahun 2007, 2008 dan 2009, JB dah siap dan sedang shooting beberapa filem dah pun. Sebagai peminat saya, tertunggu2 sampai kebas bontot saya, bile la nak masuk panggung filem2 yg bakal saya senaraikan kat bawah nie. Kalu tak masuk panggung gak, saya akan cari DVD cet-rom, standard lah!

  • 2007 - Be Kind Rewind, Margor at the Wedding
  • 2008 - Kung Fu Panda, Tropic Thunder, Ye Olde Times, Year One, Master of Space and Time, Madagascar 2
  • 2009 - Man-Witch, Them

Sekian saja entry saya untuk hari nie.

Majulah comedian untuk jiwa yang luka

BTW, KLFM akan berada di Stadium Melawati sempena dgn Karnival Pengguna 2007. Mai la kalau nak jumpa kami!


NOKOTA!

-NZ-

Optimus Afdlin


Smekom semuaIt's 2am. While i on the air, somehow, i still got a chance to blogging! Know how i did it..


> CARI LAGU YANG LENGTH NYE LEBIH DARI 5 MINIT... KEBANYAKKAN LAGU YG LENGTH NYE LEBIH DARI 5 MINIT ADALAH LAGU ROCK KANGKANG DAN ROCK KAPAK TAUN 80-AN, LAGU DANGDUT DAN LAGU HINDUSTAN


> AKU "AUTOPILOT" KAN SUME LAGU NTAH APE2 NTAH TU, DAN AKU ADA MASA LEBIH KURANG 20MINIT UK TAIP ENTRY NIE! THERE U GO!


Hmm, pasti korang dah tengok dan renung pix diatas kan. Dan korang pun tahu apa yg nak di"entrykan" dalam entry nie kan... Berkaitan dengan mamat diatas - AFDLIN SHAUKI

I've to admit, i really love reading his blog,
http://afdlinshauki.blogspot.com/

Banyak sebab kenapa disamping aku suka membaca blog mamat nie, ada banyak lagi benda yang aku suka pasal diri die nie dan vision die:-

So entry nie sebenarnya bertajuk "KENAPA SAYA SUKA AFDLIN SHAUKI"

  1. Aku suka movie yang diarahkan oleh mamat nie > BULI, BULI BALIK, BAIK PUNYA CILOK, SUMO-LAH, COMING SOON - LOST AND FAUN
  2. Aku suka lagu2 dia terutama dalam album solo die yang cover die pakai sut angkasawan, aku selalu dok putaq kat KLFM, kalu die mau tahulah... Bukan Cinta, Gadis Pilihan Ibu, Tiada lagi, Sampai Buila, Hingga ke Akhirnya, Ku Tak Mahu. Album ni release pd taun 2003.
  3. Aku suka baca blog die, kdg2 tu aku rasa macam aku dok sebelah kat sebelah die je, sambil baca blog, tengok die buat lawak kan! Tapi tu angan2 aku aje...
  4. Aku suka vision die, dalam film industry. Clear dan jelas apa yang dia mahu. Dan tidak "copycat". Cite dalam movie die, kalau difahami bebetol, memang dekat dengan kite, masyarakat kite. Dan lawak2 yg die tonjolkan dalam movie, memang boley pakai punye.
  5. Duli masa aku tgk cite Buli, aku cakap kat member2, nie karya terbaik afdlin, Then aku tgk Buli Balik, aku cakap kat member, karya ni lagi baik, then aku tengok Baik punye cilok, aku cakap kat member "Rugi korang tak tengok", then aku tengok Sumo-lah... aku tak cakap ape2 lagi dah!
  6. Setiap karya afdlin shauki (film esp.) ada kekuatan yg tersendiri. Tapi bagi aku kekuatan yang sama rata dalam filem beliau ialah STORY BOARD @ JALAN CERITA
  7. Aku tahu die ni Gila Komik, aku pun lebih kurang gak, wpun aku tak le se"fanatik" die, dan kawan aku "FM" dan BF aku "Iznan", tp takpe, aku pun tengah mengusahakan sesuatu, supaya aku pun se"fanatik" dorang gaks! aha! kena tunggu!!!
  8. Dari gambaq diatas, aku tahu die suke cite Transformers, aku pun memang suka gile tgk movie Transformers... MORE THAN MEETS THE EYE...
  9. Die ni ibarat mentor la untuk orng sesaiz aku nie "Size doesn't matter" Kasik bro! Eheheh!
  10. Aku suka tengok kehidupan die. Wpun hanya dari jauh, sebagai peminat dari jauh saje, tapi aku suka bagaimana cara dia approach kehidupan dia.

Banyak lagi aku nak tulih, tapi tak sempat, almaklum, curik2 mase cenggini! ape pun, this is just a begin, more coming up soon, so watch out!

so to you, bro Optimus Afdlin > NOKOTA!

and NOKOTA to you too!!!!

P/S: Gue jeles abis dgn topeng Optimus Prime mamat nie! Pasti akan ku dapatkan sebijik!

Monday, July 23, 2007

Back to 2003




Refreshing back memory, i was in Freindster in 2004, i was one the active blogger among freinds. Once, Min and Emy told me they love my written, cos at that time, i wrote about "Memories- Level 13", enlighten happy, joy and pain memory when we were in Mass Comm School.

Today, i am inspired once again (ermm, by myself) to flashback those memories thru this photo, i grabbed from my Freindster profile. Hemm, looking at this picture, few question arouse:

>Sapa dah kawen?

>Sapa blum kawen?

Kawen (sumber maklumat turut didapati oleh Ahmad Iznan)

  • Zure
  • Bob
  • Min
  • Intan
  • Lily
  • Erni
  • Ude
  • Alim
  • Ejai
  • Debby
  • Kak Ira
  • Ane
  • Kak Baya

(nama diatas hanya sebahagian shj, ada lagi yg blum ditaruk lg nama lg kat sini, jgn mara, aku nie bak kata iznan -Short term memory, pas nie, update lagi)

Blum kawen

  • Aku
  • Iznan
  • FM
  • Ros (coming soon)
  • Sue-Ib (sama la dgn Ros, dorang kawen dedue)
  • Ira
  • Che Ah (engaged)
  • Fizah
  • Ayoi
  • Aini
  • A-ein
  • Charlotte (coming soon)
  • Kooden
  • Mak-B
  • Any Rozita
  • Niza
  • Bo-tak
  • Raha

>>>>> G rrr!!!! Tetibe aku hilang ingatan skejap!!!!! Tak abis lagi nie, ada beberapa nama tak disebut! Td aku p pee, now, nak abiskan saki baki yg terkeluat lagi td tong aku nie, aduhh!!!! Lari mood gua beb!

T.B.C

** Attn utk semua: Ayat ini ditulis pada hari ini, 25 Julai 2007, sambungan dari tarikh entry ini ditulis, kelmarin.

Dan, ampun dipinta jika ada nama2 yang tidak tersebut di atas. Bukan, lupe bukan tak ingat, cuma, tidak dapat mengakses anda. Dan mungkin juga ada nama2 diatas telah beruah statusnya.

Nama-nama diatas adalah antara nama kengkawan aku, MC223, heh. kabarnya semua baik2 belaka, standardlah, bila aku tulis entry nie, korang musti tanya aku balik kan>>> NAZI, KO BILE NAK KAWEN!

>> Amik kau! aku tanya ko, ko tanya aku balik buat hape!!!

Moral of the story, i write this entry, because i am missing my freinds. So where ever you guys been now:

>Take care

>Always know there'll be a freind for you anywhere you go

> and

> I LOVE U GUYS! U GUYS WAS A BUNCH OF COOLEST FRENZ I'VE EVER HAD!

-NZ ;-))-


Monday Blues

It's 3am. Kak Zah said i'm replacing MK's duty. She told me, his born admitted in the labor room (did'nt know he's getting new baby ;-) I'm ki9nda tired and sleepy, why, cos of the rules, fulfilling 8 hours yadaayadayada working shift. Wonder, when the next top head management replace by new or other person, there's be new and new rules, which sometime sound ridiculous. Me, ain't got other choices, to follow or kick my butt out of d place! Hahahah!

I'm planning of something new. Still gonna keep it as secret \^0^/ mcm "My Secret Identity" lah plak kan! Remember that TV series. I was in high school when the series was shown, nationwide.

Last Saturday, me and Sayang, pay a visit to Min's and Family in Gombak. So comey, that little girl, Farisha, Min's daughter. I ask Min, ready for a new one? She's freaking out, i tell ya! Well, it was not a surprise impression i had before. I asked the same question to few freind and relative who married with one child. Millenium baby, uneasy and not so thoughtful as you think, heh!

Funny, there's joke i made "Farisha, tengok Angkenan (pronounce wisely, refers to my Iznan), Die Monsters Berbulu " Budak tu trus nangis! Haha! Padan muke Iznan! Sapa soh panggil org "Bini Shrek" Amik sedas>>>>

After an hours, Emy arrived and another hours Ezan (remember i called her "Lemuih" masa kat matrics UITM, jgn mare) with her BF, Kenny. Wahh! Seronotnya! Talk and chat and gossiping, biasalah tu, tu blum ckp korum tu, but it's enuff la. Banyak dosa dah tak tertanggung nie, apatah lg, setiap Sabtu, dgn program Panas... dose free je aku dapat!

Want to peee plak! Cittt!!!!!!!

Till then, fun day ahead to all, altho kekadang tu tak la brapa fun pun... haha

Thursday, July 19, 2007

Achtung!

Mereka in peminum "Lasinda Cafe"... kuatlah pulok

Get their latest album "Bintang 12", with the 1st release single >> Mabuk

Kesian mereka, kata minum kopi "Lasindah Kafe", tp lihat s lah masalah mereka didalam pix ini
Bzy... Bzy... Bzy update! Pretty hectic for the past few weeks *sigh* (Bilenye yang tak bzy...

Last month, i interviewed the so called "Malaysian No 1 Band" (erm, i wonder). They managed to answered some "off record" question. Heh.Not to say i am nervous to meet them, but i heard from people works with them, Spider ni kekwat n berangan. So not to be judgemental, on the few bad impression, i handled the interview session them.

There was one caller, who misunderstood what we're talking during the interview session. He compliment Tam and the rest for their single "Mabuk" initially. Then he asked, what the next single going to be like, so Tam spontaneously answered, the next single will be named "Sondol". Wanna know why. During off-air, we talking, making jokes and laugh, some x-rated jokes (well, no offense but i don't mind at all) suddenly Tam made joke and act he "sondol" someone! There you go! To conclude, they had fun, i had laugh, i had their words for me! Tengkiu Pak Tam and the gangs!

"Hai kami kumpulan Spider, Dulu hidup kami resah gelisah, dan sangat membosankan. Siap malam asyik buat keje yang sama aje. Pendek kata hidup kami memang membosankan. Tetapi sejak kami bertemu dengan Dj Nazirah, hidup kami tiba-tiba berubah dari dulu!"

And paling best, sepanjang i interview mamat Spider nie, lawak yang dorang tak abis2 bebelkan ialah lawak "Lasindah Cafe!... Ape??? Lasindah Kafe??? Kuatlah pulokkkk!!!

Have a nice day ahead!!

-NZ-

P/S: Have a listen to "Urban Live"every Thursday, 12 midnite... Enjoy urban song,stylo hip to the hop, and to the fans "Long live to all "URBANATOR @ KLFM"

Tuesday, July 3, 2007

My All Time Favorite Movie

Hari ni boleh dikatakan "Monday Blues" lah untuk aku. Mungkin juga untuk orang lain.So, to rid of the boring mood, i decided to watch DVD, an activity i did whenever i have plenty of time. So, aku pun pegi lah ke rak DVD aku kat tepi tu, randomly choose DVD yang aku nak tengok. Hemmm So, dlm banyak2 DVD cet-rom (cetak rompak) aku yang beratur dengan kemas kat black display tu, inilah dia yang menjadi pilihan aku!

Holla, i present you>>>> THE LITTLE RASCALS (1994). Sejarah movie nie dengan hidup aku bermula masa aku tingkatan 3, 1994' masa tu movie ni release. Punye aku nak tengok, sebab budak2 dalam movie nie, kiut miut... Tapi tak tersampai lah hajat aku tu, sebab masa tu aku tgh sibuk prepare for PMR. Mak aku tak bagi tgk wayang, kalu aku pi jugak, die bagi sedas pelempang naga. Jadi aku pun tak le pegi. Sampailah dlm tahun 1995, aku ter'perasan' promo Mega Movie kat TV3, dulu setiap ari Rabu, ada cite ni. Aku dgn penuh excitednya menonton lah cite nie. Dalam bebanyak watak budak2 dalam movie nie, aku suka watak budak yang kat bawah nie. hehehe. Nama sebenar budak nie - Zachary Mabry

Walaupun nama watak budak nie ala2 carutan sket, aku pun mula2 tak puas hati gak, apesal le budak comel macam nie, bagi nama "carutan" cenggitu kan. Tapi takpelah, nama watak ajer. Watak budak nie dalam movie nie, hanya supporting aje, tapi aku rasa dlm ramai2 tu die yang paling kiut. Punye lah aku suka die nie, sampaikan tadi aku sanggup "pause" kan movie nie kejap, amik kamera ajaib aku, pas tu snap gambaq die.... Adalah dalam 5-6keping pose kiut budak nie. Pas tu, aku siap edit lagi pix budak nie dalam kamera aku. Ter'berangan' lah skejap aku... Kalau lah "bakal anak" aku kiut mcm nie... akan aku bawak masuk pertandingan bayi comey sluruh negara! hahaha! Tapi kalu pikir balik, ada harapan gak, "bakal baby" aku comey mcm nie, sebabnya, aku dengan iznan pun, comey gak, malahan kecomelan kami berdua membuatkan family dan kengkawan risau bebeno... Kata dorang "Apelah koghang makan, sampai jadi mcm ni"...

Disebabkan aku teramatlah suke dgn movie nie dan budak "Poki" (sebut bebetul) tu, aku pun carik la DVD cite nie. Nak carik kat kedai cet-rom, kim salam aje lah, susah nak dapat, sebab cite nie, cite lama. Akhirnya aku pun pegi le ke Speedy Video. Melayang lah fulus aku, beli cite nie.

Itu aje lah cite untuk ari nie... Heheheh!

web analyzer
shopping cart