Tuesday, February 19, 2008






Sunday, February 17, 2008

Saturday, February 2, 2008

Mati.Kaku.Jatuh

28 tahun yang lalu, lahirlah seorang bayi perempuan berambut keriting, kulit gelap seakan anak india kepada sepasang suami isteri. Sementelah lahir, diazankan anak itu oleh sang bapa, terus dinamakan ........ Nama yang dipilih dan direka khas oleh sang bapa untuk anak perempuan sulungnya itu. Nah, dibesarkan anak perempuannya dengan pelbagai ragam, dugaan dan cabaran.

Sewaktu usianya anaknya itu melangkau 23 tahun, dengan penuh bangga sang bapa sambil memeluk anak sulungnya yang berjaya menamatkan pengajian ijazah pertama dengan keputusan yang boleh dibanggakan. Lebih meleret senyumsang bapa apabila anaknya itu antara empat pelajar yang memperoleh CGPA (Kumulatif Mata Terkumpul) tertinggi didalam pengkhususan yang diambil. Sang bapa tersenyum puas, sang anak ketawa tak berhenti, meraikan kegembiraan bersama rakan-rakan sealiran.

Tibalah masa sang anak berjuang dalam lapangan yang dipelajari dan memperoleh pekerjaan. Sementelah, perniagaan yang diusahakan sang bapa dan ibu tidak memberansangkan, maka tidak sabar lagi lah sang anak memperdagangkan ijazah dengan gred tingginya itu. Belum pun tamat pengajian, sang anak telah mendapat tawaran membuat program televisyen untuk sebuah produksi tv milik seorang tokey cina yang lagaknya seakan melayu suci. Hah, terguling-guling sang anak, gembiranya tak terperi, mendapat peluang pekerjaan yang pertama, sungguhpun bukanlah itu yang menjadi pilihan, namun tetap diambil peluang itu, dengan satu alasan, mencari pengalaman.

Jarang sangat sang anak merasa apa yang siswazah lain rasakan dan sangat ditakuti... "penganggur dan menganggur" . Seingat sang anak, 'title' itu dipegang pun dalam jangkamasa yang sangat pendek. Paling lama pun 3 bulan. Ada saja peluang mencari pengalaman yang diterima. Apatah lagi, sengan sifat lahiriah sang anak, luarannya menunjukkan sifat yang sangat mudah didekati, gelak ketawa sepanjang masa dan komitmen yang tidak berbelah bagi dalam bidang yang diceburi.

Sampai masa sang anak mendapat peluang pekerjaan dijabatan penyiaran. Alang kepalang sangat gumbira sang bapa sekali lagi, ditambah pula dengan anak-anaknya yang lain juga turut mencatatkan keputusan akademik yang cemerlang sepanjang masa (adik kedua penulis bakal menyambung pelajaran di peringkat PHD, umurnya tidak lagi menjangkau 30tahun, adik ketiga sering mencatat keputusan peperiksaan flying colors. Semakin banggalah sang bapa dengan ketiga-tiga anaknya itu. Sang anak apatah lagi, dapat pula bertugas dalam bidang penyiaran radio, satu bidang yang amat dekat dengan jiwa dan minda sang anak. Ibaratnya, tahu sahaja sang anak apa yang patut dan perlu dilakukan dalam bidang itu. Cakap sahaja tentang penyiaran radio, ibarat bertih jagung lah mulut sang anak bercerita, memberi pandangan, menyampai idea. Betapa arifnya sang anak, betapa hebatnya fikiran sang anak apabila mentelaah bidang yang dekat dengan dirinya.

Disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengahari.

Disaat sang anak dengan sikap dan idea yang berkobar-kobar, ibarat sang obor dibakar ketika pelancaran sukan olimpik, ada juga anasir-anasir yang agaknya melihat sang anak lagak wanita yang tiada otak dan tiada hati dan perasaan. Sewenang-wenangnya anasir itu mengata, menhina, mentertawa, membuat lawak tanpa batasan kemanusiaan.
Awalannya, sang anak menyangka, ahhh takpalah, anasir itu bergurau, sang anak perlu terimalah gurauan tersebut dengan otak dan pemikiran yang maha terbuka. Fikir si anak, mungkin kata-kata sialan dari anasir itu sesuatu yang biasa dalam lapangan pekerjaannya. Lantas, tidak lah dihirau sang anak tentang ejekan, hinaan dan pelbagai ancaman dan kata-kata hinaan yang diannggap gurauan leh anasir itu. Apalah sangat ejekan dan kata-kata serangan yang membuat sang anak menangis setiap malam mengenang nasib dan rupa diri yang tidaklah seberapa itu. Dikuatkan semangat sang anak, persialan anasir itu, cita-citaku dan semangatku lagi tinggi dari tohmahan anasirm itu. Aduh, sang anak kuatkanlah dirimu, jangan lemah sebab ansir itu, tolong lah anak...

Hari ini.... lain pula ceritanya...

Mati.Kaku.Jatuh.

Sang anak rebah. Sang anak kaku. Sang anak jatuh dengan penangan, dengan kata-kata cacian sang anasir. Dengan penuh banggan sang anasir tersenyum bangga, dapat menjatuhkan dinding semangat sang anak itu.

Sang anak Terfikir sejenak, gagalkah aku dan dinding semangatku? Mengapa tidak ditembak sahaja anasir Laknatullah itu... Biar dia mati! Biar dia pupus! Biar dia berhenti mengganggu sang anak! Lewat jawapan sang anak "Aku tidak sekejam itu"

Sang anak merenung jauh. Sang anak redha dengan lahirianya. Bersyukur dia dengan apa yang ada. Namun orang lain tidak... Kenapa ya?

Tidak ada jawapan untuk itu. Namun yang pasti bedilan dan tembakan sang anasir tetap akan dihadap oleh sang anak. Berundur? Kenapa mahu berundur? Mengalah, mungkin ya, kerana tenung sang anak, mungkin dunia ini bukan dunianya... Kenapa begitu sukar? Sang anak bukannya tidak arif dengan lapangannya. Sang anak tahu dan kadang-kadang terlebih tahu? Tetapi siapa sang anak untuk mengubah isi lapangannya, walaupun isi lapangannya penuh dengan hipokrasi, tipu daya dan anasir laknatullah yang sentiasa menunggu masa melihat sang anak kaku lagi.

Nafas sang anak dihela perlahan. Biarlah sang anak. Biarlah dunia lapangan kerja anak itu begitu, biarlah isinya begitu, siapalah sang anak untuk mengubahnya, namun sang anak, jangan lah kamu menjadi seperti sang anasir itu. Jangan lah lagak mu menjadi persis anasir yang laknatullah. Kerana kamu tidak begitu, anak. Kamu tidak dididik untuk menjadi begitu.

Terfikir sang anak lagi... bagaimana pula nasib anak kepada sang anak nanti, kalau ada lagi anasir yang membuat onar tanpa belas kasihan?

Dengan tenang si anak membayangkan, anakku nanti akan menjadi tabah sepertiku kerana dia telah dididik begitu.

Ahhh lupa pula sang anak tadi, kenapa pula sang anak beria-ia bercerita tentang hal ini?

Kerana sang anak ini manusia hodoh, yang gemuk gedempol, dompot, buah dada yang besar dan menjijikkan, rupa yang sangat menjijikkan mata sang anasir.

Namun sang anak punya misi dan cita-cita tinggi dalam hidup.

Maka bangga lagilah sang bapa melihat anak hodohnya ini meneruskan kehidupan, kerana apa bangga? Kerana anak hodoh nya ini "perkasa jiwa", sesuai sangatlah dengan maksud nama yang sang bapa berikan kepadanya "Yang gagah perkasa"

Thursday, January 10, 2008

Salam Tahun Baru 1429 H

On top of my head, Salam Tahun Baru untuk seluruh muslimin dan muslimat 1429H. Semoga tahun ini dengan izin-Nya, kita beroleh rezeki dan kejayaan, dan mensyukuri apa yang dinikmati selama ini

It's been a while since my last entry here in my blog. Gosh, so many story to tell and to write, but where do i begin... Foremost, it's been a while since Iznan left me to Kuala Terengganu, for some reason since then, i did not get a chance to update my personal life here. And sometime i feel by writing whats running in my head, it does not make me near to happy. So why to write, Lets it wandering in my mind. Hemmm....

Life kicking as usual, sometimes up and sometimes down, sometime happy, sometime missing him, sometime lost in my own world. But this issue keep bugging my mind..How is he? Is he fine? Is he happy? Is he strong enough to face every challenges? I know he is strong. I know he is mature enough to make rational desicion. But i will not be next to him to accompany him and sees and judge everything with my eyes.

Inikah yang dikatakan pengorbanan?

Semoga 1429H menjadikan semangat kita lebih kuat daripada biasa


Salam,
Nazirah Fadhlina Anuar

web analyzer
shopping cart