Emosi saya agak terganggu seketika. Bukan sahaja kerana saya kehilangan wang bernilai rm200, bahkan, apabila sampai di konti, tiada makanan disediakan untuk petugas di konti seperti tahun-tahun kebiasaannya. Tidak seperti tahun lepas, kami yang bertugas di konti makan seperti ular makan lembu setiap hari pada waktu berbuka puasa. Begitu banyak juadah yang disediakan. Almaklum, keje kat konti nie, memang cepat lapar dengan suasana yang sejuk yang mencengkam minda ini. Namun tidak pada tahun ini :-(
Saya meneruskan tugas juga walaupun dalam keadaan lapar. Saya hanya membeli air minuman sahaja kerana menjangkakan ada juadah berbuka puasa yang disediakan. Bertugas lah saya dalam keadaan yang lapar. Aduh, menguji iman di bulam Ramadhan betul lah.
Oh ya! Saya rindukan kawan saya. Namanya Kung. Org Siam Pattani. Bertugas untuk Radio bersuara Thai disini. Orangnya chantek, maka selalu die menjadi mangsa ngoratan lelaki-lelaki gersang ditempat saya bekerja ini. Heheh! Dan saya juga turut mengajak Kung untuk bersolat terawih di Masjid Besar Shah Alam. Kung beritahu, bahawa dia cuti hari Isnin, maka hari Isnin lah kami ke sana. Esok pun saya akan kesana juga. Selepas selesai tugas esok jam 5 ptg. Saya cukup rasa seronok berbuka puasa di Shah Alam di bulan Ramadhan. Cukup senang sekali dengan suasana disana, apatah lagi saya telah menyimpan impian, Ramadhan tahun ini saya nak selalu ke Masjid Shah Alam. Suasana dalam masjid yang sangat selesa untuk bersolat terawih.
Edisi hari ketiga Ramadhan tidak lah begitu menceriakan, tp nak wat camno ek! Cobaan!!!!
-Optimus Nazie-
Saturday, September 15, 2007
Edisi 3 Ramadhan 1428H
Posted by Optimus Nazie at 9/15/2007 10:03:00 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment