Tahun ini angka 50 pada saya memberikan "ong" kepada ramai sekali manusia, termasuk diri saya. Jika saya masih lagi bernyawa di angka 50 suatu hari nanti, this is how my story will begin:
"... Pada tarikh 30 Ogos 2007, saya telah ditugaskan untuk bertugas di konti siaran KLfm bermula jam 8mlm. Berugas di konti memang lah periuk nasi saya, namun tarikh itu memang agak berbeza. Mungkin kerana dalam tahun ini entah brapa kali saya berfikir dan berkata tentang sambutan 50 tahun ini. Mana mungkin saya hidup lagi 50 tahun akan datang. Kta-kata yang sering terpacul di bibir saya. Namun, bukan ini kerja saya. Kerja menentukan jangka hayat manusia ni dilakukan oleh Dia Yang Satu. Ia sekadar jangkaan saya sahaja. Seawal 8.15 malam lagi saya sudah beria-ia bertanya rakan yang bertugas di stesen induk tentang Siaran Relay yang harus diambil oleh stesen negeri. Untuk memastikan saya bersiap sedia saya juga turut menghubungi bahagian MCR untuk menentukan fader yang betul untuk siaran Relay dari Dataran Merdeka. Seorang rakan, MK memang beria-ia hendak ke Dataran Merdeka, dengan alasan yang sama, untuk merasai The Spirit of 50. Saya turut memberi galakan. Boleh juga MK memberi maklumat terkini tentang acara yang berlansung di Dataran sana tu. MK berjaya ke Dataran Merdeka, walaupun keadaan dia masa tu macam 12 hari tak mandi (standard lah mamat tu).
Siaran KLfm berjalan lancar sahaja pada malam itu. Saya turut menerima dua panggilan dari MK yang memberikan laporan tentang acara Ambang Merdeka yang sedang berlansung. Sungguh gembira mamat tu dapat memberikan informasi itu. Kecil sumbangan nya, namun ia sumbangan yang dilakukan tanpa paksa, rela seadanya.
Pada malam itu juga, saya di konti turut didatangi oleh Datuk Adilah, one of the top head in RTM. Waduh, dulu di NFM, selalu juga saya menjadi mangsa rondaan beliau, terutama pada waktu tengah malam. di KLfm, ini pertama kali. Namun, bisa diatur. Keadaan berjalan dengan mood yang sangat sederhana, tiada apa yang menarik juga hendak dipertuturkan, apatah fokus saya lebih kepada acara si 50 ini. Saya turut menghantar SMS kepada dj seterus saya selepas jam 12, Zullas3 agar datang sedikit awal, agar siaran relay berlancar lancar.
Tepat 11.55 siaran KNL disambung siar oleh KLfm. Tepat 12 tengah malam, saya mendengar laungan merdeka menerusi corong radio dan TV, bergegar seketika jantung, Zullas3 pun ada, siap amik gambar di konti lagi, menandakan beliau bertugas pada permulaan tarikh 31 Ogos. Saya turut mendengar perutusan YAB PM menerusi radio.
Tarikh 1 September, saya dan Sayang dengan penuh semangat mengunjungi Dataran Merdeka, sempena Perarakan Raksasa Merdeka. Memang ramai yang amat manusia serata ceruk negara yang kesana. Turut berhimpit-himpit namun dalam kadar yang sederhana. Saya turut mengambil bebrapa gambar (will be upload lat8r) sebagai bahan bukti dan kenangan. Di barisan tempat duduk kami, sebuah keluarga berbangsa Cina turut merasai jiwa si Anggun 50. Menariknya, amat betah, amat petah satu keluarga ini menyanyikan "Tanggal 31" dan laungan Merdeka. Turut berada di barisan tempat duduk yang sama, adalah kanak-kanak sekolah yang datangnya mungkin dari utara. Sedap sungguh loghat utara pekat yang didengar. Acara yang berlansung turut saya rakam menerusi kamera dan telefon bimbit. Acara tamat lebih kurang jam 11 malam. Satu hari yang memberikan kepuasan kepada saya dan Sayangku.
Keesokan harinya, saya dan teman, Kak Liza mengunjungi Putrajaya untuk hari terakhir International Fireworks Competition. Satu yang takkan saya lupakan, perjalanan dan masa menunggu untuk menonton apa yang orang kata Hebat banget pertunjukan, bermula seawal jam 6 petang. Pertunjukan mengikut "tentative" bermula jam 8mlm, delayed sehingga jam 10 malam, pertunjukan yang hanya mengambil masa 1/2 jam, tamat 10.30malam. Saya mula bergerak ke KL jam 10.45 mlm dan sampai dirumah jam 2 pagi. Heh, Putrajaya baby, 4 hrs back, 4 hours forth. TQ to Kak Liza, setia menemani saya.
Anggun 50 ini bukan setakat saya merasai acara nasioanl yang diadakan, ia lebih dari itu. Saya mengikuti pelbagai acara kemerdekaan ini hanya sebagai bukti yang saya merasai semangat si 50 ini, lebih daripada itu, saya berjanji kepada diri saya, yang saya mahu melahirkan generasi yang mampu membanggakan keluarga, agama, bangsa dan negara, mempunyai semangat kenegaraan dan patriotism yang tinggi, berdisipilin dan berhemah tinggi.
Seperkara lagi, saya juga turut:
- Menyimpan salinan asal akhbar NST pada tarikh 31 Ogos 2007
- Menyimpan akhbar UTUSAN MALAYSIA bertarikh 31 Ogos 2007
- Menyimpan jalur gemilang bersaiz kecil dan besar yang dipegang di Dataran Merdeka.
- Menyimpan semua data kemerdekaan dalam kamera dan HP saya.
- Download Public Interest Clip dari You Tube tentang kemerdekaan.
How this story end?
It will end as simply as this:
"... Si cantik 50, hadirnya memberi keinsafan, juga keraguan, namun semangat yang ditanam dalam diri tetap teguh...Sungguhpun belum tentu aku bernyawa 5o tahun akan datang..."
PROUD TO BE MALAYSIAN
POWER TO THE PEEPS!
-0ptimus Nazie-
No comments:
Post a Comment